Sunday 20 December 2015

Mengubah Imej Menjadi PIKSEL (paling mudah)

Assalamualaikum,
Dalam entri kali ini, saya akan mengajar teknik mengubah imej kepada piksel.



#ikutcaradesigner
Semoga bermanfaat.

Friday 18 December 2015

KEM REMAJA GEMILANG PUTRAJAYA 2015

Menjadi penghargaan buat saya kepada pelanggan yang memilih saya sebagai designer pilihan.
Untuk kali ini, pelanggan meminta saya untuk mereka bentuk logo baru untuk menggantikan logo lama KEM REMAJA GEMILANG Putrajaya 2015.

Untuk pengetahuan pembaca, atau kepada anda sebagai pelanggan yang ingin membuat tempahan daripada mana-mana designer, perkara utama adalah "Letakkan 100% kepercayaan kepada para designer untuk mengolah, mereka bentuk grafik."


Anda sebagai pelanggan harus memberikan butir-butir terperinci kepada designer terlebih dahulu. Sekiranya ianya melibatkan pengolahan sesuatu yang baru seperti logo sekolah seumpamanya, bagi sekali logo lama pada designer yang ditugaskan supaya mudah untuk proses perincian. Termasuklah logo yang saya kendalikan ini.

Atas kepercayaan, saya berjaya menghasilkan persembahan yang agak berkualiti. Ini di atas usaha pembelajaran dan berkat usaha dan masa yang Allah s.w.t berikan kepada saya. Belajar dari kesilapan dan menerima teguran dengan hati terbuka.



Kredit: all-free-download *vector icon infographic

Wednesday 11 November 2015

font blend


Di dalam adobe illustrator terdapat pelbagai jenis peralatan yang mampu mengubah sesuatu
kerja menjadi lebih kreatif. Ini adalah satu hasil kerja menggunakan teknik 'blend tool'.
dengan sedikit pengolahan dan warna, mampu menghasilkan grafik yang lebih menarik.

Insyaallah, font lain akan diteruskan kemudian.




Wednesday 4 November 2015

Ikut Cara Designer #teksratio

Ini adalah cara mudah untuk mengenal pasti saiz teks mengikut ratio sebagai rujukan.
Kebanyakan saiz teks begini lebih banyak digunakan di dalam akhbar, majalah, dan buku-buku ilmiah. Tak di nafikan lagi, kebanyakan daripada kita lebih senang melihat sekiranya saiz-saiz
teks tersebut di gunakan mengikut spesifikasi tertentu. Mata kita lebih mudah untuk menerima
ratio yang sepatutnya.

Gunakan sebaik mungkin di dalam rekaan grafik anda. 


Di dalam perisian Adobe Illustrator, Indesign & Photoshop (mungkin software lain) juga diletakkan saiz-saiz teks tertentu dan tidak mengikut susunan nombor bagi memudahkan para pereka untuk menentukan saiz teks. Ini adalah kerana saiz tersebut telah pun disusun mengikut ratio yang sesuai.


Tuesday 3 November 2015

Tutorial Background

Assalamualaikum wbt. Dah lama tak buat tutorial pada follower atau visitor.
Meh sini sy ajar bagaimana nak jadikan persembahan logo lebih menarik untuk dipersembahkan
pada klien, kawan, cikgu dll..


Contoh yang dah siap.







Kalau ada yang tak faham, komen saja kat bawah ruangan tu..nnti sy review balik insyallah..