Friday, 18 December 2015

KEM REMAJA GEMILANG PUTRAJAYA 2015

Menjadi penghargaan buat saya kepada pelanggan yang memilih saya sebagai designer pilihan.
Untuk kali ini, pelanggan meminta saya untuk mereka bentuk logo baru untuk menggantikan logo lama KEM REMAJA GEMILANG Putrajaya 2015.

Untuk pengetahuan pembaca, atau kepada anda sebagai pelanggan yang ingin membuat tempahan daripada mana-mana designer, perkara utama adalah "Letakkan 100% kepercayaan kepada para designer untuk mengolah, mereka bentuk grafik."


Anda sebagai pelanggan harus memberikan butir-butir terperinci kepada designer terlebih dahulu. Sekiranya ianya melibatkan pengolahan sesuatu yang baru seperti logo sekolah seumpamanya, bagi sekali logo lama pada designer yang ditugaskan supaya mudah untuk proses perincian. Termasuklah logo yang saya kendalikan ini.

Atas kepercayaan, saya berjaya menghasilkan persembahan yang agak berkualiti. Ini di atas usaha pembelajaran dan berkat usaha dan masa yang Allah s.w.t berikan kepada saya. Belajar dari kesilapan dan menerima teguran dengan hati terbuka.



Kredit: all-free-download *vector icon infographic

No comments:

Post a Comment